Sin Yoon Long Coffee Logo

Sin Yoon Long Coffee

Makanan & Minuman

Najar Man Lama Logo

Najar Man Lama

Pameran Seni

Purpose Plastics Logo

Purpose Plastics

Pusat Kitar Semula

Performance Center Logo

Performance Center

Ruang Acara

Gaming Center Logo

Gaming Center

Bengkel

The exhibition is open Fri to Sat from 9 AM to 4 PM. Mon to Thurs are available by appointment on the "Contact" page.

Najar Man Lama

Oleh kerana seni rupa ibadat kebaktian sering kali pudar dilihat ekoran faktor migrasi, sebuah pameran tetap dipanggil Najar Man Lama diadakan bagi memperkenalkan seni lukisan "thangka" — iaitu tradisi suci khas daerah pergunungan Himalaya yang telah mengalami turunan seni dan rohani rentas negara Tibet, Nepal, dan wilayah utara India selama ratusan tahun. Berasal daripada perkataan Tibet yang membawa maksud 'catatan ajaran', "thangka" ialah lukisan gulungan catan dibuat di atas kain kapas menggunakan warna bahan alami. Lukisan-lukisan ini bertujuan membantu pertapaan, untuk adat upacara dan juga dalam tunjuk ajar. Ia kekal penting dalam adat resam kehidupan masyarakat Tibet dan Nepal.

Pameran ini memperkenalkan "thangka" menerusi karya Najar Man Lama (1963–2017), seorang pelukis berasal dari Nepal yang meneruskan latihan seninya di kilang ini juga. Lama tiba di Malaysia bekerja sebagai perajin kayu sewaktu perang saudara meletus di Nepal pada tahun 2005. Namun, bakat seninya segera dikesan, dan beliau menerima galakan oleh rakan pemilik kilang, Tan Kai Lek, agar mentahbiskan dirinya untuk melukis sepenuh masa. Sepanjang dekad seterusnya Lama terus menghasilkan "thangka" menggunakan cara tradisional dan hanya berbekal ingatan tulus pengabdian. Di suatu sudut di tingkat atas, apa yang dahulunya lebih bersifat peribadi kini dipertunjukkan kepada ramai sebagai ajakan untuk menyaksikan pengkaryaan yang tetap diteruskan walau dalam diam.

The exhibition is open Fri to Sat from 9 AM to 4 PM. Mon to Thurs are available by appointment on the "Contact" page.

Lingkaran

Ling

karan

Utama

Maklumat

Cerita